Betul ke “There’s a woman behind every successful man”?

Situasi 1:

Si suami tidak suka keluar berjalan di tempat yang keramaian. Namun untuk menjaga hati si isteri, si suami pun menemankan isteri. Walaupun terpaksa. Namun keletihan yang ada hilang dalam sekelip mata ketika si isteri teruja dalam memilih barang untuk dibeli. Difikirkan si suami bahawa “tidak mengapa asal isteriku gembira”.

Situasi 2:

si isteri tidak suka menemani si suami untuk melakukan aktiviti2 yang dilakukan oleh kaum lelaki. Seperti bersukan dan sbgnya (lepak pn termasuk kot). Namun si isteri menemankan juga. Namun lumrah si isteri yang zahirnya wanita, akan merungut. Adakah patut. Sedangkan menyenangkan hati suami itu satu ibadah.

Sepatutnya kedua2 belah harus gembira dalam menemani aktiviti kegemaran masing2 kerana keharmonian dapat dijaga. Apa guna bersuami isteri jika tidak dapat menyenangkan hati masing2.

p/s : Akan sentiasa ada kelemahan dalam perhubungan agar kelemahan itu boleh ditambahbaik kepada kekuatan di masa akan datang. Setiap kejayaan lelaki akan adanya wanita dibelakang, namun di setiap kegagalan lelaki juga terdapat wanita dibelakangnya. Samada menjadi penyebab mahupun peneman setia yang selalu menyokong tiap masa dan ketika.

S.O.L.A.T

Macam2 dah berlaku..dan macam2 jugak program y kita telah berusaha anjurkan untuk pulihkn diri dan masyarakat. Beribu2 ringgit telah habis untuk usaha tersebut. Namun, apakah hasilnya menepati sasaran? Jika berjaya Alhamdulillah. Tapi di sudut perbahasan yg lain, jika benar ianya berjaya mengapakah kes2 jenayah negara sentiasa meningkat? Renungkan lirik di bawah, hasil nukilan KRU y disumpulkan sebagai ‘Ampuniku’.

Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan

KRU – Ampuniku

Karya tersebut menceritakan tentang luahan hati seorang insan y telah banyak mengumpul dosa dan mahukn peluang kedua untuk menjadi seorang y lebih sempurna. Semua rintihan dan kelemahan diri diungkai, berbaris2 harapan juga dilontarkan. Persoalan y seterusnya adalah : bagaimana harus dia lakukan untuk menjadi y lebih sempurna?
Read more of this post

Ini Mengumpat Ke?

kisahnya begini..di sebuah pasar..

Salmah : kau tau tak anak si leman tu kahwin lari dengan orang bangla

Limah : iye ke salmah..kau biar betul ni..mana kau dapat cerita ni?

Milah : … [diam lalu membawa diri berlalu pulang]

Di rumah Milah..

Anak : Emak baru balik ke?

Limah : Iye..saja balik awal..malas nak dengar orang mengumpat..sibuk je Cik Salmah dengan Kak Limah tu mengumpat..

perbualan di atas hanyalah rekaan semata-mata tiada kena-mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia

Persoalan disini..tidakkah Milah itu juga mengumpat hanya dengan berkata sedemikian?.

 Nabi Muhammad S.A.W bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hr Muslim )

Hadis ini menunjukkan kepada definisi mengumpat.

sekadar renungan bersama..jangan kita leka hanya dengan perkara yang sebegini kecil tapi membawa bencana di akhirat sana..

Tags: , ,

Hujan Emas, Hujan Batu

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik negeri sendiri…

Peribahasa (simpulan bahasa? Bidalan? Tatabahasa? Keliru sudah..) ini selalu kita dengar. Maknanya, walau apa pun yg terjadi, tempat kita tetap yg terbaik. Persolan yg ingin dikupas adalah tentang kerelevenan peribahasa ini. Adakah ia masih boleh diguna pakai?

Kita mahu menjadi seorang yg maju dan berjaya, bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat sana. Belum ada dalam sejarah manusia emas turun dari langit sebagai hujan, namun ‘hujan emas’ yg digunakan dalam peribahasa ini boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk..antaranya adalah: (paling jelas) harta kemewahan, (kurang jelas) peluang.

Saya tidak akan mengulas lanjut tentang harta kemewahan yang sudah jelas impaknya, tapi ayuh kita fokus terhadap tafsiran kedua, iaitu peluang. Untuk menjadi seorang yg berjaya, setiap manusia haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu – matematik, fizik, kimia, biologi, sejarah, sastera, astrologi, usuluddin, fiqh, membaiki kereta, bertukang, seni lukisan, seni nyayian, pertanian, ekonomi, sosiologi, dan pelbagai lagi.. (nampak banyak, tapi ilmu yg ada di dunia ini ibarat setitis daripada selautan daripada ilmu Allah). Walauapapun hujahnya, secara hakikat dunia sekarang peluang untuk mencari ilmu juga memerlukan perbelanjaan harta dan wang. Makanya secara tidak langsung, wang dan harta haruslah diusahakan agar kita dapat menjadi seorang yg lebih berjaya.

Wajarkah kita untuk berpeluk tubuh sahaja dan membiarkan peluang itu berlalu hanya kerana peluang itu bukan berada di tempat asalan kita? Apakah hilang nilai dan jatidiri seandainya kita berhijrah ke negeri orang untuk sama2 menggunakan emas yang telah dianugerahkan? Bukankah yg menentukan nilai dan jatidiri seorang manusia itu hanyalah taqwa dan bukan warna kulitnya?

Saya sendiri tidak pasti tentang kewajaran persoalan ini, tetapi cuba kita renung2kan dan berkongsi pandangan-~

Siapa Itu Sudirman?

Sudirman Haji Arshad

Siapa itu Sudirman Haji Arshad..mungkin ramai yang mengenali beliau hanya sebagai penyanyi dan penghibur..tetapi beliau la antara salah seorang penyanyi dan penghibur yang berkaliber..mempunyai Ijazah Undang-Undang pada tahun 1980..dan diiktiraf menjadi peguam pada 1984..

Telah menimbulkan fenomena yang mengejutkan apabila mengadakan konsert secara percuma di Chow Kit Road pada 15 April 1986..seramai 100 ribu orang telah memenuhi sepanjang jalan Chow Kit..[ada lagi ke artis atau penghibur nak buat konsert secara percuma?]..haha..

Lantas diatas fenomena yang telah tercipta maka AETN All Asia Network telah mengambil peluang untuk menerbitkan satu dokumentasi khas berjudul Sudirman Arshad bagi mengenang kembali Sudirman..ini akan membuatkan peminat beliau mengenali beliau secara lebih dekat..(mungkin ada perkara yang peminat tidak tahu lagi..kita sudah tengok dokumentasi P.Ramlee, dan banyak yang kita tak tahu bukan?)..

Peminat beliau boleh menonton dokumentasi Sudirman Arshad yang akan mula disiarkan pada 20 Februari 2011 disaluran History 555 Astro, pukul 10 malam..siaran ulangan pula pada 22 Februari (11 malam), 23 Februari (9 malam), 1 Mac (7 malam), 11 Mac (11 malam), dan 13 Mac (7 malam)..

Tips: Air masuk telinga

Jangannn!!!
Satu..dua..humban!!

Splash! Terkapai-kapai dia cuba untuk naik semula ke permukaan kolam. Walaupun mata telah dibuka seluasnya, penglihatanya agak kabur. Pendengaranya penuh dengan ‘white noises’ yang memang menganggu. Sambil mentafsir semua maklumat dari pancainderanya, otaknya masih mampu mengawal kaki dan tanganya untuk terus berusaha..akhirnya dia muncul ke permukaan. Lega. Pandanganya sudah jelas, tapi kenapa pendengaranya masih tidak jelas. Berdengung. Kepalanya diketuk-ketuk, namun masih sama. Dia gelisah.

Alaa..telinga masuk air la pulakk!!!
Kahkahkah..padan muka ko!

Situasi seperti di atas mungkin pernah terjadi kepada kita semua. Main air (berenang, mandi, berendam, kena humban, kena selam dan yang sekufu dgnya..) memang seronok, tapi yang tak seronok apabila air masuk dalam telinga. Cakap jadi berdengung, daya pendengaran jadi kurang jelas. Walauapa pun sebab yang membolehkan air masuk ke dalam telinga, berikut adalah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan air dari telinga.

Read more of this post

Kenapa Manusia Ada Masalah Pemikiran?

ni baru siang tadi topik ni kecoh nak diketengahkan..jadi serba sedikit mengikut pendapat aku yang tak seberapa..manusia..la..manusia kan..dah sememangnya dicipta mempunyai perasaan..perasaan yang bagaimana?..sedih,marah,kecewa,hiba dan pelbagai lagi..

betul ke manusia ada masalah pemikiran?

ya..sememangnya ada sesetengah manusia menghadapi masalah pemikiran..tekanan,kemurungan,gelisah dan macam-macam lagi..(banyak sungguh masalah dan sakitnya?)..

betul ke sesiapa yang ada menghadapi masalah pemikiran tak boleh menghadapi atau menangani masalah mereka?

ermm..bukan semua sebenarnya..ada segelintir sahaja..terdapat beberapa cara dalam permasalahan ni..antaranya menangani,melarikan atau memindahkan masalah mereka kepada orang lain..bagi yang boleh menangani masalah mereka mungkin kerana mereka sudah lali dengan masalah yang mendatang jadi serba sedikit imun kepada mereka untuk menghadapi masalah mereka..bagi mereka yang melarikan pula diri dari masalah adalah mereka yang takut akan diri sendiri..mungkin kerana takut akan kecewa jika masalah tidak dapat diselesaikan setelah berusaha..

bagi yang memindahkan masalah mereka pula adalah mereka yang sudah manja dengan diri mereka dan tidak menghiraukan orang lain..sangat pentingkan diri ni..

manusia ni lumrah la ada masalah..sebenarnya masalah diberikan kepada orang yang kuat..sememangnya Allah hanya akan memberikan masalah kepada hambaNya untuk lebih bertakwa kepadaNya..supaya menjadi muslim dan muslimah yang lebih penyabar..

hidup bersederhana lebih kepada ajaran Islam akan lebih memudahkan manusia dari melakukan silap dan dapat mengurangkan beban yang ditanggung..tak perlu pakai kereta mewah-mewah kalau takat lepas diri pun payah ni pula nak tanggung anak dara orang lain..jangan diikutkan sangat budaya barat yang suka bermegah-megah..

tapi bagi setiap masalah ada penyelesaiannya..cuma kita perlu lebih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan sabar menghadapinya..moga kita akan lebih kuat selepas pelbagai cabaran ditempuhi..insya-Allah ‘disana’ akan ada ganjarannya..

hidup lebih indah jika Islam difahami lebih mendalam~

Pelaburan Yang Mendatangkan Untung?

pada masa kini semua orang sibuk memikirkan cara dan pelaburan yang paling mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda..emas,hartanah,MLM (ni pun ada juga ke) dan macam-macam lagi..memang semua perlu memikirkannya tetapi ada satu pelaburan yang mereka selalu terlepas pandang iaitu pelaburan terhadap diri sendiri..

apa tu pelaburan terhadap diri sendiri?..

tiada yang lebih menguntungkan dari melabur terhadap diri sendiri dengan mendalami ilmu agama mahupun dunia..cuba fikirkan..kalau kita sibuk kaya disini (rasuah sana sini) tapi disana kita papa,tiada gunanya..duniawi sahaja…tiada yang kekal dibandingkan dengan dunia disana nanti..

tapi bukan ke kita perlu menjadi orang Islam yang kaya?

ya..kaya dunia kaya akhirat..Abdul Rahmad bin Auf..bukankah beliau kaya..adakah beliau memerlukan cara kotor untuk menjadi kaya..TIDAK sama sekali..beliau antara salah seorang yang cukup dikenali kerana kekayaannya malah akhlaknya yang sentiasa mulia..berapa banyak peperangan yang ditanggung oleh beliau..kerana sayangkan agama Islam..zaman sekarang nak derma kena keluar surat khabar..oh derma apakah..derma muka dalam surat khabar?..wallahualam

kayakanlah diri anda semua..tapi..
kayakanlah kita semua seperti Abdul Rahman bin Auf…

insya-Allah..

Kekerasan dalam Kelembutan?

bismillah,

amarah..sememangnya itu adalah fitrah manusia..manusia yang lemah untuk mengawal amarah mereka akan lebih mudah untuk didampingi oleh syaitan kerana masa itu manusia akan mudah hilang kewarasan untuk berfikir dan bertindak secara tidak rasional..

 

“Mauk giler juga kalau amarah tidak dikawal”

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, “Berilah wasiat kepadaku.” Sabda s.a.w ,’“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, “Janganlah engkau marah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pembikinan Blog?

syukur terhadap Ilahi kerana masih ada umur dan kudrat untuk meneruskan perjuangan (ke?) di dunia ini..baru hari ni dapat menyediakan sebuah blog yang diharapkan dapat membantu manusia-manusia di luar sana dengan ilmu (walau tak banyak mana tapi masih ada la) dengan berkongsi pendapat..dah lama niat nak buat blog ni..tapi keadaan dan pengetahuan kurang untuk memulakannya..berkat dari pertolongan En. Ahmad Azad akhirnya berjaya juga disiapkan pada hari ni..

jadi apa yang aku nak pada blog ni?

1. semua yang singgah ke blog aku dapat memberi pendapat yang ikhlas terhadap topik yang diutarakan di bahagian “Debat” sebab tu punca dan faktor utama aku nak buat blog ni..nak dapat pandangan orang ramai tapi tak sempat nak jumpa kat luar sana..

2. nak berkenal-kenalan dengan orang-orang di luar sana tapi di alam maya..ye la..sekarang kan dah zaman siber..semua terletak pada jari je..(tapi tengok juga la..kadang-kadang jalur lebar membataskannya sebab liputan tidak memberangsangkan disini)

3. paling akhir yang aku nak ialah meninggalkan ilmu dan apa yang ada di dalam blog ni..andai kata aku tiada ada la juga ilmu aku masih dapat diamalkan..ada la juga saham nak dibawa ke sana..insya-Allah..

semoga urusanku dipermudahkanNya..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.