Hujan Emas, Hujan Batu

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik negeri sendiri…

Peribahasa (simpulan bahasa? Bidalan? Tatabahasa? Keliru sudah..) ini selalu kita dengar. Maknanya, walau apa pun yg terjadi, tempat kita tetap yg terbaik. Persolan yg ingin dikupas adalah tentang kerelevenan peribahasa ini. Adakah ia masih boleh diguna pakai?

Kita mahu menjadi seorang yg maju dan berjaya, bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat sana. Belum ada dalam sejarah manusia emas turun dari langit sebagai hujan, namun ‘hujan emas’ yg digunakan dalam peribahasa ini boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk..antaranya adalah: (paling jelas) harta kemewahan, (kurang jelas) peluang.

Saya tidak akan mengulas lanjut tentang harta kemewahan yang sudah jelas impaknya, tapi ayuh kita fokus terhadap tafsiran kedua, iaitu peluang. Untuk menjadi seorang yg berjaya, setiap manusia haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu – matematik, fizik, kimia, biologi, sejarah, sastera, astrologi, usuluddin, fiqh, membaiki kereta, bertukang, seni lukisan, seni nyayian, pertanian, ekonomi, sosiologi, dan pelbagai lagi.. (nampak banyak, tapi ilmu yg ada di dunia ini ibarat setitis daripada selautan daripada ilmu Allah). Walauapapun hujahnya, secara hakikat dunia sekarang peluang untuk mencari ilmu juga memerlukan perbelanjaan harta dan wang. Makanya secara tidak langsung, wang dan harta haruslah diusahakan agar kita dapat menjadi seorang yg lebih berjaya.

Wajarkah kita untuk berpeluk tubuh sahaja dan membiarkan peluang itu berlalu hanya kerana peluang itu bukan berada di tempat asalan kita? Apakah hilang nilai dan jatidiri seandainya kita berhijrah ke negeri orang untuk sama2 menggunakan emas yang telah dianugerahkan? Bukankah yg menentukan nilai dan jatidiri seorang manusia itu hanyalah taqwa dan bukan warna kulitnya?

Saya sendiri tidak pasti tentang kewajaran persoalan ini, tetapi cuba kita renung2kan dan berkongsi pandangan-~

2 Responses to Hujan Emas, Hujan Batu

  1. Azam says:

    erm..sebenarnya kalau difikirkan kita berhak untuk menentukkan dimanapun kita mahu berada..kerana dunia ini milik Allah..dan sesungguhnya peluang diberikan bukan hanya pada sesuatu tempat [negara]..kalau negara jiran lebih banyak peluang maka rebutlah peluang yg ada meskipun ianya bukan negara kita sendiri..kerana sesugguhnya itu lebih baik dari mereka yg hanya menunggu peluang di negara sendiri sahaja..

    mmg benar rezeki ditentukan Allah..tapi Allah akan memberikan pada sesiapa yg berusaha..kerana org yg berusaha dipandang tinggi..berbalik kepada kehendak sendiri antara mahu atau tidak sahaja..

  2. Azad says:

    Aku setuju dgn pendapat ko. Apa ada pada sesebuah tempat jika tempat lain lebih berpeluang?

    Ingat sejarah Rasulullah s.a.w.. Baginda juga pernah meninggalkan tempat lahir baginda untuk berhijrah ke Madinah bagi membuka peluang baru untuk terus menyebarkan Islam. Hijrah yang melibatkan kedua-dua aspek, fizikal dan emosi, merupakan satu titik penting dalam penyebaran Islam. Ini dapat dilihat apabila Madinah menjadi sebuah negara Islam yang pertama di dunia – jikalau tempat asal itu penting, kenapa Rasulullah s.a.w. tidak menjadikan Mekah sebagai negara Islam yang pertama? Hujah ini dapat diperkuatkan lagi jika melihat taraf Mekah dalam Islam. Walaupun Madinah merupakan negara Islam yang pertama, Allah telah mengangkat Mekah untuk menjadi tempat paling suci bagi seluruh umat Islam.

    Hasil daripada sejarah ini dapat disimpulkan bahawa sesebuah tempat itu mempunyai kepentingan dari sesetengah sudut, dan bukanya semua aspek – seperti kes Mekah & Madinah ini. Oleh itu, haruslah kita luaskan pandangan kita agar kita terperangkap dengan budaya yang sengket yang pastinya akan memundurkan kita juga.

    Renungkanlah.
    Allahua’llam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: